4 pasukan Liga Super dan 1 pasukan Liga Premier dilaporkan bakal menyertai pertandingan lima penjuru dengan format liga satu pusingan sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Malaysia  2021 di Johor.

Antara pasukan yang terlibat ialah JDT, Sri Pahang, Terengganu FC dan Melaka United dan sebuah pasukan dari Sarawak iaitu Kuching City FC. Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 10 hingga 25 Februari depan.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan melalui satu laporan dalam Suara Sarawak kelmarin.

“Skuad KCFC akan berada di Johor sepanjang dua minggu lebih untuk menghadapi kejohanan tersebut. Kami akan berangkat ke Johor pada 8 Februari depan namun ia bergantung kepada situasi Covid-19,” katanya.

143207768_736657666962860_4493790994313775665_o
Kuching City menjalani latihan sejak minggu lalu.

Malah, selepas berakhir pertandingan itu,  skuad kendalian Irfan Bakti akan terus berkampung di semenanjung tanah air sehingga tarikh sepak mula Liga Malaysia 2021.

Minggu lepas, Malaysia Football League (MFL) membuat keputusan untuk menunda saingan Liga Malaysia ke 5 Mac susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pelaksanaan PKP itu sekaligus menyebabkan pasukan Liga Malaysia tidak dapat menjalani sesi latihan seperti biasa.

Mereka kini merancang untuk mengadakan sesi latihan berpusat secara kuarantin di beberapa tempat yang terpilih dengan pematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Ketua jurulatih Pahang, Thomas Dooley dalam satu kenyataan di laman instagram turut mengesahkan pihaknya merancang untuk mengadakan kem latihan pusat di Johor bagi meningkatkan tahap kecergasan pemain.

“Sangat pelik tanpa anda (penyokong) di stadium besar itu. Oleh kerana terdapat beberapa sekatan, kami merancang untuk mengadakan kem latihan di Johor tidak lama lagi.

“Akan maklumkan kepada anda nanti. Saya tidak sabar untuk melihat anda semua di sini di belakang saya,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CKjDPYgBVx7/?utm_source=ig_web_copy_link

Teruskan membaca artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Piala Presiden, Piala Belia Dan Liga Premier Futsal Malaysia Ditunda Sehingga Bulan Jun

Christophe Gamel Bantu Thomas Dooley Bimbing Sri Pahang FC

Yakult Sedia Hantar Pemain Muda Terengganu FC Ke Jepun

Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak

19 Pengadil Malaysia Didaftarkan Sebagai Pengadil FIFA Tahun 2021, Amirul Izwan Ditauliah Video Match Official (VMO)

FA Thailand Dedahkan Mereka Miliki 39 Jurulatih Yang Memegang Lesen PRO, 120 Orang Lagi Berstatus Lesen A